Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Diberdayakan oleh Blogger.

Kamis, 30 April 2015

Semenjak sudah order Tabita ni memang tak habis-habis asyik buat entri Tabita, Tabita, Tabita...Jangan korang rasa muak dengan Tabita okey? Ahaha...

Hari ni hari kedua pakai Tabita satu set untuk muka tu. Setakat ni okey lah, walaupun mengelupas tapi dia tak ketara sangat & paling hebat tak rasa sakit. Err..kalau nak kata satu muka mengelupas belum lagi lah ..Kan baru hari kedua, mesti korang rasa saya ni menipu baru pakai dua hari dah mengelupas sini sana..ahaha XD Yang paling nampak ada kulit tu terkeluar gitu bahagian hidung yang dekat lubang hidung la, so bila tengok cermin lubang hidung tu jadi kembang kempis kembang kempis semacam. Ahaha XD

Muka saya ni bekas jerawat dia pelik sikit, jadi warna gelap. Sebab warna kulit saya ni putih sikit lah kira begitu. Ahaha, orang cakap kalau bekas jerawat hitam ni sebab terlampau makan kicap..Ini semua tak betul lah kalau pada saya sebab kicap ni saya tak berapa makan sangat, apatah lagi makanan berkicap...Hari kedua lepas pakai Tabita? Hitam tu dah kurang & menjadi kemerahan macam yang Kak Sepet cakap tu lah...dia jadi kemerah-merahan gitu & tak perlu pakai blusherssss ahaha

Make up memang pantang, padahal selalu pakai foundation jer ponn....Ahaha Lipstick pun ikut tak pakai dah..So sedang jadi all natural gitu, lepas 2 bulan maybe nak order foundation Tabita pulaaaaa Ahahaaaa Suka hati!
Saya ni jenis yang nak dapat jawapan sebaik saja saya ada persoalan. Jadi, ada rasa bersalah sikit bila asyik-asyik nak tanya Kak Sepet pasal kesan-kesan masa pakai Tabita tu. Mula-mula macam ni, tanya kenapa rasa pedas masa cuci muka...Er...macam soalan bonus sebab Tabita ni kan akan menyebabkan pengelupasan kulit so memang akan sakit lah kan?

Okey lepas tu ada lagi soalan baru yang nak kena tanya lepas ni tapi ragu-ragu...Haahah..Seminggu ni kitaorang akan sibuk nak training, untuk pertandingan lah..mactm biasa saya ni kan ikut acara lontar peluru. Jadi...Kalau asyik-asyik training macam tak guna juga guna Tabita tu sebab berpeluh-peluh. Mesti peluh tu dah cuci habis Tabita tu kan? Arrrr macma tu.

Soo...Macam dah malas pulak nak tanya lagi. Experiment? Ahaahha...Untuk wanita-wanita yang muda atau sederhana muda itu, saya memang rekomen kan Tabita sebab setakat ni, jerawat saya dan sekutunya iaitu bekas-bekas jerawat semakin mengundur diri dari menjajah wajah saya... =) Ehehe

So macam biasa, makeup memang tak boleh pakai. & paling best ialah saya ni bukan jenis yang pakai makeup... Ahahaa...Advantage bah tu tak pakai make upppp.. :P
Hari ni ada tazkirah khusus bagi kaum hawa muslimin je kat dewan kuliah. Sebabnya, kalau budak kaum ada ni pi sembahyang jumaat kaum hawa ni macam sembahyang kat bilik pastu tak buat apa-apa kan? So sekurang-kurangnya ada lah tazkirah 30 minit daripada ustazah =)

Hihi, so dengan selambanya saya dengan seorang member saya yang non muslim tu masuk ikut je masuk kat kuliah tu. Dah lah tak bertudung, duduk pun paling depan dengan ustazah tu. Ahaha...Sabo je lar.... :P

So kuliah hari ni...Semua wanita ada cermin. Yelah untuk tengok diri sendiri lah, takkan nak tengok orang lain pula? Macam "mirror, mirror on the wall' ? Jadi ustazah tu cakap kita kena bersyukur lah dengan apa yang kita ada. Apa yang Allah bagi kepada kita itu sebenarnya sudah cukup sempurna untuk kita. 

Erm..contohnya..Kalau orang tu letak botox kat muka dia, memang dia akan jadi cantik. Tapi mesti akan something went wrong. MESTI. Sebab kita dah ubah benda yang Allah dah bagi pada kita, kita dah ubah benda sempurna yang Allah dah bagi itu. =)

Saya walaupun tak lah lawa sangat pada pandangan mata orang lain, nak kata seksi atau slim pun tak. Tapi bila saya tengok cermin, saya tahu apa yang Allah bagi kat saya ini lah yang saya mahu. Kenapa perlu saya mengubah diri saya sebab orang rasa saya tak cantik? Yang penting adalah kita, diri kita dapat menerima dan berasa selesa dengan apa yang kita ada & miliki.

=) Tapi kalau pasal jerawat tu memang saya rasa patut & boleh lah buat rawatan ke atau beli lah produk yang betul...Paling penting sesuai dan halal lah...Kalau nak hilang jerawat sampai kene guna susuk ke atau bomoh tu baik tak payah lah.

Yelah kan...Nak rasa cantik tu boleh. Tapi jangan obses sangat sampai nak melebih-lebih...... =)
Pengalaman pertama gua dalam bab-bab histeria ni semua bermula dekat hostel gua ni. Itu lah pertama kali gua face 2 face & dekat teramat sangat dengan benda yang merasuk kawan gua. Memang meremang bulu roma macam ada magnet siot! First time tu gua memang meremang sampai tengkuk tambaan lagi dengan senyuman kawan gua yang kena rasuk tu. Tapi masa nak pegang minah tu sebab benda tu nak bawa lari gua memang dah marah sampai macam nak tampar ahaha

So hari ni, ada lagi benda histeria tu happen. Tapi kali ni tak teruk sangat macam sebelum-belum ni. Lagipun kali ni yang ajaibnya, gua takda rasa meremang atau takut telebih-lebih. Syukur juga hari ni Allah bagi gua kekuatan lebih sikit nak tolong kawan susah. Kawan lain dah naik bulu roma, sempat lagi kasi tengok gua ahaha Apa lah ....

Gua ni sedar juga, kalau gua kena macam mana diorang nak rawat kan? Tapi pada gua, gua ada pegangan yang gua yakin mampu menyelamatkan gua iaitu Allah. Allah sebagai Tuhan gua, sebagai pelindung gua, & Allah sebagai penyelamat member gua yang kena kacau itu.

Masa ustaz tempat gua tu datang tadi nak tolong ubatkan memang gua rasa amazing. Betapa ayat-ayat Islam itu begitu berkuasa dengan izin Allah. Tiada apa yang perlu kita risaukan sekiranya Allah menjadi keutamaan kita sebenarnya. Gua rasa amazing, gua rasa tertarik & gua rasa nak mendalami ilmu Islam....
Sorry lah yer sebab hilang gua dari blog gua beberapa hari ni. Asalnya memang nak update. Tapi lepas kejadian kawan gua yang kena histeria tu gua memang macam ada problem sikit. Tak lah teruk sangat. Nak kata sakit pun tak juga sebab sihat je gua ni ulang alik dari kuliah ke hostel huhuhu

Ni mari gua cerita sikit.
Lepas malam yang gua tolong member gua tu. Gua tak berapa nak rasa ada benda halus tu. Tapi kan, beberapa kali sebelum ni bila gua ada tolong kawan gua yang kena histeria tu mesti gua yang akan diganggu semula.

Gua kat hostel ni bilik sorang satu tau. Jadi lepas tolong member gua dulu malam tu 3 hari gua dengar bunyi pelik. Macam ader orang sengaja pukul dinding atas gitu. Kalau bukan dinding atas dekat dinding tepi. Pastu paling epik pun bunyi pintu almari kena hempap. Kalau orang yang hempap takkan berkali kali kan?

Yang tu takpe. Tiga hari je bunyi pelik-pelik extra kuat. Dah lepas tu gua rasa maca dah xde. Gua ada cerita dekat member gua, member gua cakap 'benda' tu saje nak kacau sebab gua tolong kawan yang kena histeria tu kan...

Okey fine, yang penting gua takde pape. Lagipun bukan gua mengacau kan? Gua cuma tolong member yang dikacau je. Lepas tu ader lagi kejadian histeria. Gua juga yang dipanggil untuk tolong member yang histeria tu. Mak ai...berlawan macam berkungfu siap libas gua. Yang ni gua rasa dia libas sebab dia marah gua suruh kawan-kawan gua telefon ustaz kot. Sebab masa gua tengok dia 'benda' tu diam je baring. Sekali gua suruh panggil ustaz 'benda' tu nak lari. Gua pun rembat je lah baju kawan gua yang kena rasuk tu..boleh main libas-libas...nasib gua kat belakang.

Yang ni 'benda' tu tau nama gua. Boleh pula pura-pura suruh minta lepas..amboi ahaha. Lepas ustaz siap rawat member tu, gua pun macam biasalah balik bilik buat kerja gua. Masa tu seminggu gua asyik nampak kelibat berdiri depan pintu k. Nak buat kerja dekat meja mesti tengok pintu bilik yang terbuka tu sebab macam nampak orang berdiri. Kacau...Tak ley fokus movie ahaha

Pastu yang baru-baru ni gua tak tau gua ni sakit ke atau sebab 'benda' tu. So ceritanya yang sebenarnya untuk entri ni macam ni ahaha *entri paling panjang.

Lepas ustaz rawat member yang kena histeria tu. Lepas dah muntah, dah boleh mengucap, gua pun balik bilik juga. Buat kerja, tesis gua tak siap-siap lagi ahaha. Okey so malam tu, kawan member yang kena histeria tu nak tumpang tido bilik gua, yang kena histeria dia tu lak tidur dekat tempat bilik member-member dia lah 4 orang. So gua okey je.

Awal pagi jam 5.30 alarm gua berbunyi, gua set macam tu sebab kawan tu minta jaga nak solat subuh. So gua pun panggil je lah. Boleh pula dia nak minta teman gi ambik air sembahyang ahaha So gua pun terus berdiri. Gua jalan terhuyung hayang tau tak. Nasib je pintu je 3 langkah je. Gua gagahkan diri untuk buka & biar member gua jalan dulu. Masa gua jalan tu serius macam gua baru berpusing lama-lama. Gua rasa bila-bila gua jatuh pitam tau.

Sementara menunggu member gua ambik wuduk gua menyandar depan bilik mandi tu. Memang serius gua katakan, dunia gua ibarat sedang bergolak ke kiri & ke kanan. Sampai je kat bilik terus gua baring. Habis berpeluh-peluh kepala gua waktu tu. Kalau rasa panas takpa lah juga. Ni gua rasa sejuk. Sejuk tapi berpeluh macam baru habis berlari. Hebat tak? Memang basah lapis bantal. Pastu gua tido balik.

Dalam jam 6.30 pagi gua bangun lah balik...Macam okey sikit. Pening pusing tu tak teruk macam subuh tu...dah ready bersiap lepas mandi tinggal nak gerak je pi kuliah..gua rasa lagi...amboi pandai datang-datang balik...gua tak jadi pi kuliah. Gua terus terbaring kat katil dengan baju kurung gua tido....

Lepas tu apa yang berlaku??? Gua nak bagitau korang neh...Tunggu entri yang satu lagi...Ini bukan drama tapi gua penat lah...
Okey macam gua cakap kemarin. Gua tidur je terus dengan baju kurung gua. Memang gua dah tak kisah nak berlaku aper pun sebab dah dunia jadi tak balance kan. Sampaikan pintu bilik gua pun bukannya gua kunci, terbuka sikit macam tu. Nasib je hostel kitaorang ni jenis yang grill & selalu ada sekuriti pempuan dok jaga.

Gua tido terjaga dalam jam 9 lebih pagi tu...Gua rasa maca okey jer... Gua rasa macam lain macam tinggal sorang-sorang kat hostel ahaha memang kuat main perasaan. Dengan tanpa cuci muka lagi ( sebab kononnya dah mandi kan..ahaha) Gua pi je kuliah ahaha. Nasib je waktu tu takde lah lecturer seharian sebab mesyuarat.

So pening-pening tu ader. I mean bukan pening tapi rasa tak balance tu masih ader..tapi slowly hilang masa kat blok kuliah. Yang masalahnya lagi pula...Selera makan jadi hilang. Rasa lapar tu takde tetiba dalam masa seharian tu. Hebat tak?

Bila sampai petang pula jadi tebalik. Gua tetiba rasa menggeletar tau. Tak lah menggeletar sebab sejuk ke aper. Tapi sebab lapar. Gua xde selera makan tapi lapar tu tetap ader. Gua masa nak gi beli makanan pun macam dah menggeletar sampai rasa badan ringan semacam tau...Macam sedang terapung berjalan ahaha

Macam tu je lah..Lain-lain gua macam rasa xde benda berlaku atau gua hilang ingatan ahaha Yang pasti lepas tu gua busy sangat dengan Action Research gua...

Okey last sebelum habis entri ni gua nak bagitau korang pasal bra.
Kak Ira ader wat promo untuk bra ni.
1 Set (3 Bra) + Percuma Sehelai Slim Panty = RM80 (Harga sebenar 1 set RM90)
Beli 2 set (6 Bra) + Percuma 2 helai Slim Panty = RM150


Kalau rasa berminat boleh korang gi 

Atau lebih laju korang 

Wassap 0129789311  Kak Ira Okey :) 


Sambung sikit hahaa Seriusly selesa okey guys, takde rasa macam pakai dalam but macam ader gak ahaha Yang pasti what I meant was this thing memang selesa tahap gua pakai hari-hari untuk semua aktiviti huhuhu OK tu je. Baaaiiiii
Korang pun tau kan yang Indon dengan Sabah ni memang dekat sangat sampai belambak sangat orang Indon dekat Sabah especially Tawau. Faham-faham je lah kenapa pihak berkuat kuasa dekat sini takley nak kawal diorang semua ni. Sebab semuanya dah saling menjadi saudara antara satu sama lain. Lagipun gov kita ni mengalu-alukan kedatangan orang luar yang beragama Islam untuk masuk ke Malaysia & jadi warganegara Malaysia kan? So gua tak boleh lah nak komen apa-apa lagi. Hehhh...

Gua ni sekarang ni tinggal dekat luar. Maksudnya gua tak tinggal dekat hostel untuk 3 bulan sebab gua sedang praktikal. Sudahlah praktikal, lepas tu sibuk lagi dengan buku tulis rancangan pengajaran gua yang gua kena siapkan. Gua ada kelas dari hari Isnin sampai ke Khamis. So pepaham lah.

Sekarang ni boleh update sebab gua bukan berada pada sempadan Indon. Hahaha Gua dekat McD sebab dekat rumah gua tu memang takde life dengan Malaysia. Kawasan rumah sewa gua tu seriously sampai line henpon boleh bertukar menjadi line Indon. Kalau miskol dekat gua & operator yang sambut, memang sah Rm1 akan hilang dari baki henpon korang ahahaha

Gua memang cuba nak update dekat orang. Tapi u all tau tau lah...Gua memang selalu berada dalam keadaan penat tahap nak tido je. Takat ni lom ada pape story menarik. Cuma Ephyra lah ko ehehe muka gua semakin okey. Bekas nak semakin pudar tapi muka semakin putih melepakkk ahaha Oya gua ada cerita tak yang period gua tak datang dari bulan Nov tahun lepas? Memang period gua bengong-bengong tahun lepas & bulan ni dia ada datang. Gua syak Ephyra juga sebab Ephyra kan membantu untuk menyeimbangkan hormon? Hahaha

So harap korang datang juga jenguk-jenguk gua okey? Cuma bulan ni gua banyak line kat Indon, unless korang ada cadang untuk block line Indon tu, takat ni gua terpaksa hidup kat talipon Indon lah..ahahaa

Copyright © Si Tracey | Powered by Blogger
Design by Duan Zhiyan | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com