Hihi, so dengan selambanya saya dengan seorang member saya yang non muslim tu masuk ikut je masuk kat kuliah tu. Dah lah tak bertudung, duduk pun paling depan dengan ustazah tu. Ahaha...Sabo je lar.... :P
So kuliah hari ni...Semua wanita ada cermin. Yelah untuk tengok diri sendiri lah, takkan nak tengok orang lain pula? Macam "mirror, mirror on the wall' ? Jadi ustazah tu cakap kita kena bersyukur lah dengan apa yang kita ada. Apa yang Allah bagi kepada kita itu sebenarnya sudah cukup sempurna untuk kita.
Erm..contohnya..Kalau orang tu letak botox kat muka dia, memang dia akan jadi cantik. Tapi mesti akan something went wrong. MESTI. Sebab kita dah ubah benda yang Allah dah bagi pada kita, kita dah ubah benda sempurna yang Allah dah bagi itu. =)
Saya walaupun tak lah lawa sangat pada pandangan mata orang lain, nak kata seksi atau slim pun tak. Tapi bila saya tengok cermin, saya tahu apa yang Allah bagi kat saya ini lah yang saya mahu. Kenapa perlu saya mengubah diri saya sebab orang rasa saya tak cantik? Yang penting adalah kita, diri kita dapat menerima dan berasa selesa dengan apa yang kita ada & miliki.
=) Tapi kalau pasal jerawat tu memang saya rasa patut & boleh lah buat rawatan ke atau beli lah produk yang betul...Paling penting sesuai dan halal lah...Kalau nak hilang jerawat sampai kene guna susuk ke atau bomoh tu baik tak payah lah.
Yelah kan...Nak rasa cantik tu boleh. Tapi jangan obses sangat sampai nak melebih-lebih...... =)
awk buat blog bru ke?
BalasHapus