Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Diberdayakan oleh Blogger.

Kamis, 30 April 2015

Semenjak sudah order Tabita ni memang tak habis-habis asyik buat entri Tabita, Tabita, Tabita...Jangan korang rasa muak dengan Tabita okey? Ahaha...

Hari ni hari kedua pakai Tabita satu set untuk muka tu. Setakat ni okey lah, walaupun mengelupas tapi dia tak ketara sangat & paling hebat tak rasa sakit. Err..kalau nak kata satu muka mengelupas belum lagi lah ..Kan baru hari kedua, mesti korang rasa saya ni menipu baru pakai dua hari dah mengelupas sini sana..ahaha XD Yang paling nampak ada kulit tu terkeluar gitu bahagian hidung yang dekat lubang hidung la, so bila tengok cermin lubang hidung tu jadi kembang kempis kembang kempis semacam. Ahaha XD

Muka saya ni bekas jerawat dia pelik sikit, jadi warna gelap. Sebab warna kulit saya ni putih sikit lah kira begitu. Ahaha, orang cakap kalau bekas jerawat hitam ni sebab terlampau makan kicap..Ini semua tak betul lah kalau pada saya sebab kicap ni saya tak berapa makan sangat, apatah lagi makanan berkicap...Hari kedua lepas pakai Tabita? Hitam tu dah kurang & menjadi kemerahan macam yang Kak Sepet cakap tu lah...dia jadi kemerah-merahan gitu & tak perlu pakai blusherssss ahaha

Make up memang pantang, padahal selalu pakai foundation jer ponn....Ahaha Lipstick pun ikut tak pakai dah..So sedang jadi all natural gitu, lepas 2 bulan maybe nak order foundation Tabita pulaaaaa Ahahaaaa Suka hati!
Saya ni jenis yang nak dapat jawapan sebaik saja saya ada persoalan. Jadi, ada rasa bersalah sikit bila asyik-asyik nak tanya Kak Sepet pasal kesan-kesan masa pakai Tabita tu. Mula-mula macam ni, tanya kenapa rasa pedas masa cuci muka...Er...macam soalan bonus sebab Tabita ni kan akan menyebabkan pengelupasan kulit so memang akan sakit lah kan?

Okey lepas tu ada lagi soalan baru yang nak kena tanya lepas ni tapi ragu-ragu...Haahah..Seminggu ni kitaorang akan sibuk nak training, untuk pertandingan lah..mactm biasa saya ni kan ikut acara lontar peluru. Jadi...Kalau asyik-asyik training macam tak guna juga guna Tabita tu sebab berpeluh-peluh. Mesti peluh tu dah cuci habis Tabita tu kan? Arrrr macma tu.

Soo...Macam dah malas pulak nak tanya lagi. Experiment? Ahaahha...Untuk wanita-wanita yang muda atau sederhana muda itu, saya memang rekomen kan Tabita sebab setakat ni, jerawat saya dan sekutunya iaitu bekas-bekas jerawat semakin mengundur diri dari menjajah wajah saya... =) Ehehe

So macam biasa, makeup memang tak boleh pakai. & paling best ialah saya ni bukan jenis yang pakai makeup... Ahahaa...Advantage bah tu tak pakai make upppp.. :P
Hari ni ada tazkirah khusus bagi kaum hawa muslimin je kat dewan kuliah. Sebabnya, kalau budak kaum ada ni pi sembahyang jumaat kaum hawa ni macam sembahyang kat bilik pastu tak buat apa-apa kan? So sekurang-kurangnya ada lah tazkirah 30 minit daripada ustazah =)

Hihi, so dengan selambanya saya dengan seorang member saya yang non muslim tu masuk ikut je masuk kat kuliah tu. Dah lah tak bertudung, duduk pun paling depan dengan ustazah tu. Ahaha...Sabo je lar.... :P

So kuliah hari ni...Semua wanita ada cermin. Yelah untuk tengok diri sendiri lah, takkan nak tengok orang lain pula? Macam "mirror, mirror on the wall' ? Jadi ustazah tu cakap kita kena bersyukur lah dengan apa yang kita ada. Apa yang Allah bagi kepada kita itu sebenarnya sudah cukup sempurna untuk kita. 

Erm..contohnya..Kalau orang tu letak botox kat muka dia, memang dia akan jadi cantik. Tapi mesti akan something went wrong. MESTI. Sebab kita dah ubah benda yang Allah dah bagi pada kita, kita dah ubah benda sempurna yang Allah dah bagi itu. =)

Saya walaupun tak lah lawa sangat pada pandangan mata orang lain, nak kata seksi atau slim pun tak. Tapi bila saya tengok cermin, saya tahu apa yang Allah bagi kat saya ini lah yang saya mahu. Kenapa perlu saya mengubah diri saya sebab orang rasa saya tak cantik? Yang penting adalah kita, diri kita dapat menerima dan berasa selesa dengan apa yang kita ada & miliki.

=) Tapi kalau pasal jerawat tu memang saya rasa patut & boleh lah buat rawatan ke atau beli lah produk yang betul...Paling penting sesuai dan halal lah...Kalau nak hilang jerawat sampai kene guna susuk ke atau bomoh tu baik tak payah lah.

Yelah kan...Nak rasa cantik tu boleh. Tapi jangan obses sangat sampai nak melebih-lebih...... =)
Pengalaman pertama gua dalam bab-bab histeria ni semua bermula dekat hostel gua ni. Itu lah pertama kali gua face 2 face & dekat teramat sangat dengan benda yang merasuk kawan gua. Memang meremang bulu roma macam ada magnet siot! First time tu gua memang meremang sampai tengkuk tambaan lagi dengan senyuman kawan gua yang kena rasuk tu. Tapi masa nak pegang minah tu sebab benda tu nak bawa lari gua memang dah marah sampai macam nak tampar ahaha

So hari ni, ada lagi benda histeria tu happen. Tapi kali ni tak teruk sangat macam sebelum-belum ni. Lagipun kali ni yang ajaibnya, gua takda rasa meremang atau takut telebih-lebih. Syukur juga hari ni Allah bagi gua kekuatan lebih sikit nak tolong kawan susah. Kawan lain dah naik bulu roma, sempat lagi kasi tengok gua ahaha Apa lah ....

Gua ni sedar juga, kalau gua kena macam mana diorang nak rawat kan? Tapi pada gua, gua ada pegangan yang gua yakin mampu menyelamatkan gua iaitu Allah. Allah sebagai Tuhan gua, sebagai pelindung gua, & Allah sebagai penyelamat member gua yang kena kacau itu.

Masa ustaz tempat gua tu datang tadi nak tolong ubatkan memang gua rasa amazing. Betapa ayat-ayat Islam itu begitu berkuasa dengan izin Allah. Tiada apa yang perlu kita risaukan sekiranya Allah menjadi keutamaan kita sebenarnya. Gua rasa amazing, gua rasa tertarik & gua rasa nak mendalami ilmu Islam....
Sorry lah yer sebab hilang gua dari blog gua beberapa hari ni. Asalnya memang nak update. Tapi lepas kejadian kawan gua yang kena histeria tu gua memang macam ada problem sikit. Tak lah teruk sangat. Nak kata sakit pun tak juga sebab sihat je gua ni ulang alik dari kuliah ke hostel huhuhu

Ni mari gua cerita sikit.
Lepas malam yang gua tolong member gua tu. Gua tak berapa nak rasa ada benda halus tu. Tapi kan, beberapa kali sebelum ni bila gua ada tolong kawan gua yang kena histeria tu mesti gua yang akan diganggu semula.

Gua kat hostel ni bilik sorang satu tau. Jadi lepas tolong member gua dulu malam tu 3 hari gua dengar bunyi pelik. Macam ader orang sengaja pukul dinding atas gitu. Kalau bukan dinding atas dekat dinding tepi. Pastu paling epik pun bunyi pintu almari kena hempap. Kalau orang yang hempap takkan berkali kali kan?

Yang tu takpe. Tiga hari je bunyi pelik-pelik extra kuat. Dah lepas tu gua rasa maca dah xde. Gua ada cerita dekat member gua, member gua cakap 'benda' tu saje nak kacau sebab gua tolong kawan yang kena histeria tu kan...

Okey fine, yang penting gua takde pape. Lagipun bukan gua mengacau kan? Gua cuma tolong member yang dikacau je. Lepas tu ader lagi kejadian histeria. Gua juga yang dipanggil untuk tolong member yang histeria tu. Mak ai...berlawan macam berkungfu siap libas gua. Yang ni gua rasa dia libas sebab dia marah gua suruh kawan-kawan gua telefon ustaz kot. Sebab masa gua tengok dia 'benda' tu diam je baring. Sekali gua suruh panggil ustaz 'benda' tu nak lari. Gua pun rembat je lah baju kawan gua yang kena rasuk tu..boleh main libas-libas...nasib gua kat belakang.

Yang ni 'benda' tu tau nama gua. Boleh pula pura-pura suruh minta lepas..amboi ahaha. Lepas ustaz siap rawat member tu, gua pun macam biasalah balik bilik buat kerja gua. Masa tu seminggu gua asyik nampak kelibat berdiri depan pintu k. Nak buat kerja dekat meja mesti tengok pintu bilik yang terbuka tu sebab macam nampak orang berdiri. Kacau...Tak ley fokus movie ahaha

Pastu yang baru-baru ni gua tak tau gua ni sakit ke atau sebab 'benda' tu. So ceritanya yang sebenarnya untuk entri ni macam ni ahaha *entri paling panjang.

Lepas ustaz rawat member yang kena histeria tu. Lepas dah muntah, dah boleh mengucap, gua pun balik bilik juga. Buat kerja, tesis gua tak siap-siap lagi ahaha. Okey so malam tu, kawan member yang kena histeria tu nak tumpang tido bilik gua, yang kena histeria dia tu lak tidur dekat tempat bilik member-member dia lah 4 orang. So gua okey je.

Awal pagi jam 5.30 alarm gua berbunyi, gua set macam tu sebab kawan tu minta jaga nak solat subuh. So gua pun panggil je lah. Boleh pula dia nak minta teman gi ambik air sembahyang ahaha So gua pun terus berdiri. Gua jalan terhuyung hayang tau tak. Nasib je pintu je 3 langkah je. Gua gagahkan diri untuk buka & biar member gua jalan dulu. Masa gua jalan tu serius macam gua baru berpusing lama-lama. Gua rasa bila-bila gua jatuh pitam tau.

Sementara menunggu member gua ambik wuduk gua menyandar depan bilik mandi tu. Memang serius gua katakan, dunia gua ibarat sedang bergolak ke kiri & ke kanan. Sampai je kat bilik terus gua baring. Habis berpeluh-peluh kepala gua waktu tu. Kalau rasa panas takpa lah juga. Ni gua rasa sejuk. Sejuk tapi berpeluh macam baru habis berlari. Hebat tak? Memang basah lapis bantal. Pastu gua tido balik.

Dalam jam 6.30 pagi gua bangun lah balik...Macam okey sikit. Pening pusing tu tak teruk macam subuh tu...dah ready bersiap lepas mandi tinggal nak gerak je pi kuliah..gua rasa lagi...amboi pandai datang-datang balik...gua tak jadi pi kuliah. Gua terus terbaring kat katil dengan baju kurung gua tido....

Lepas tu apa yang berlaku??? Gua nak bagitau korang neh...Tunggu entri yang satu lagi...Ini bukan drama tapi gua penat lah...
Okey macam gua cakap kemarin. Gua tidur je terus dengan baju kurung gua. Memang gua dah tak kisah nak berlaku aper pun sebab dah dunia jadi tak balance kan. Sampaikan pintu bilik gua pun bukannya gua kunci, terbuka sikit macam tu. Nasib je hostel kitaorang ni jenis yang grill & selalu ada sekuriti pempuan dok jaga.

Gua tido terjaga dalam jam 9 lebih pagi tu...Gua rasa maca okey jer... Gua rasa macam lain macam tinggal sorang-sorang kat hostel ahaha memang kuat main perasaan. Dengan tanpa cuci muka lagi ( sebab kononnya dah mandi kan..ahaha) Gua pi je kuliah ahaha. Nasib je waktu tu takde lah lecturer seharian sebab mesyuarat.

So pening-pening tu ader. I mean bukan pening tapi rasa tak balance tu masih ader..tapi slowly hilang masa kat blok kuliah. Yang masalahnya lagi pula...Selera makan jadi hilang. Rasa lapar tu takde tetiba dalam masa seharian tu. Hebat tak?

Bila sampai petang pula jadi tebalik. Gua tetiba rasa menggeletar tau. Tak lah menggeletar sebab sejuk ke aper. Tapi sebab lapar. Gua xde selera makan tapi lapar tu tetap ader. Gua masa nak gi beli makanan pun macam dah menggeletar sampai rasa badan ringan semacam tau...Macam sedang terapung berjalan ahaha

Macam tu je lah..Lain-lain gua macam rasa xde benda berlaku atau gua hilang ingatan ahaha Yang pasti lepas tu gua busy sangat dengan Action Research gua...

Okey last sebelum habis entri ni gua nak bagitau korang pasal bra.
Kak Ira ader wat promo untuk bra ni.
1 Set (3 Bra) + Percuma Sehelai Slim Panty = RM80 (Harga sebenar 1 set RM90)
Beli 2 set (6 Bra) + Percuma 2 helai Slim Panty = RM150


Kalau rasa berminat boleh korang gi 

Atau lebih laju korang 

Wassap 0129789311  Kak Ira Okey :) 


Sambung sikit hahaa Seriusly selesa okey guys, takde rasa macam pakai dalam but macam ader gak ahaha Yang pasti what I meant was this thing memang selesa tahap gua pakai hari-hari untuk semua aktiviti huhuhu OK tu je. Baaaiiiii
Korang pun tau kan yang Indon dengan Sabah ni memang dekat sangat sampai belambak sangat orang Indon dekat Sabah especially Tawau. Faham-faham je lah kenapa pihak berkuat kuasa dekat sini takley nak kawal diorang semua ni. Sebab semuanya dah saling menjadi saudara antara satu sama lain. Lagipun gov kita ni mengalu-alukan kedatangan orang luar yang beragama Islam untuk masuk ke Malaysia & jadi warganegara Malaysia kan? So gua tak boleh lah nak komen apa-apa lagi. Hehhh...

Gua ni sekarang ni tinggal dekat luar. Maksudnya gua tak tinggal dekat hostel untuk 3 bulan sebab gua sedang praktikal. Sudahlah praktikal, lepas tu sibuk lagi dengan buku tulis rancangan pengajaran gua yang gua kena siapkan. Gua ada kelas dari hari Isnin sampai ke Khamis. So pepaham lah.

Sekarang ni boleh update sebab gua bukan berada pada sempadan Indon. Hahaha Gua dekat McD sebab dekat rumah gua tu memang takde life dengan Malaysia. Kawasan rumah sewa gua tu seriously sampai line henpon boleh bertukar menjadi line Indon. Kalau miskol dekat gua & operator yang sambut, memang sah Rm1 akan hilang dari baki henpon korang ahahaha

Gua memang cuba nak update dekat orang. Tapi u all tau tau lah...Gua memang selalu berada dalam keadaan penat tahap nak tido je. Takat ni lom ada pape story menarik. Cuma Ephyra lah ko ehehe muka gua semakin okey. Bekas nak semakin pudar tapi muka semakin putih melepakkk ahaha Oya gua ada cerita tak yang period gua tak datang dari bulan Nov tahun lepas? Memang period gua bengong-bengong tahun lepas & bulan ni dia ada datang. Gua syak Ephyra juga sebab Ephyra kan membantu untuk menyeimbangkan hormon? Hahaha

So harap korang datang juga jenguk-jenguk gua okey? Cuma bulan ni gua banyak line kat Indon, unless korang ada cadang untuk block line Indon tu, takat ni gua terpaksa hidup kat talipon Indon lah..ahahaa
Hari ni sekolah gua ada fire drill. Tau tak? Latihan kebakaran. Nampaknya dalam latihan kebakaran itu banyak guru yang rentung akibat lambat turun dari bilik guru. Dan salah seorang yang rentung itu ialah gua. Sempat gua tulis lagi dalam buku rancangan gua sebelum gua turun. Pastu berdiri lah kami semua dengan muridnya sekali di tengah padang panas terik itu sebelum dipindahkan kedalam dewan yang sejuk sikit.

Yang paling lawaknya itu ialah masa diorang nak bergerak ke padang semua datang mai salam dekat gua. Amboi macam faymes gitu hahaa. Cikgu lain bukan diorang nak salam, terus gua rasa malu sebab barisan tu semua gi salam dekat gua. Kalau masa tu gua sorang je guru pelatih takpa jua, ni ada juga yang muslimah tapi diorang wat derk je..wuuuuuuhuhuhu

Lepas je semua murid dah masuk gua pun masuk dengan member-member gua. Sempat gua cakap, patut gua ni kene convert awal-awal sebab semua nak bagi gua salam. Semua ucap Assalamualaikum. Sungguh rugi gua hanya mampu cakap okey & senyum je.
Gua rasa pelik beberapa hari ni...Apesal lah broadband Maxis gua yang laju & mantap ini tetibe je tak boleh ada line walau gua dekat bandar Tawau ni. Mentang-mentang hari tu gua buka dekat rumah sewa yang tarik line indon tu terus broadband buat hal.

Sekali gua kol Maxis nak check apehal rupa-rupanya kena suspend sebab bill tak bayar hampir Rm200 Watafffff ahaha. Tak pernah dalam sejarah sampai RM200 okey, tanjat gua...terus macam tak jadi nak beli Tabita ahaha...

Bukan tu je, pastu gua nak bayar online lah. Sekali gua yang pelupa ini sudah lah lupa password, lupa lagi username....Alamatnya? Tak boleh lah nak bayar melalui online. Terpaksa singgah tempat aunty muka monyok tak puas hati tu untuk bayar. Sedihnyerrr

Hari ni gua nak lepak lagi dekat MCD untuk siapkan kerja. Hebat tak? Ader rumah tapi tak buat dekat rumah sebab line sana line Indosat atau Telcomsat. Untuk yang tak tau apa benda itu. Itu ialah line Indon yang boleh didapati apabila korang stay dekat rumah sewa kitaorang yang hampir dengan pantai itu.

*berang, geram, tak puas hatiiiii T.T Sedih

Sejujurnya sampai sekarang gua rasa pemansuhan segala-galanya yang baik itu hanya menyebabkan mereka yang belajar itu semakin kurang menyerap ilmu kecualilah mereka yang belajar di sekolah swasta. Jangan samakan negara kita dengan Jepun kerana Jepun mampun mencipta teknologi yang tidak dapat dibikin oleh Malaysia setakat ini. Bukan gua merendah-rendahkan Malaysia, tidak sama sekali. Cuma gua rasa tidak perlu lah kita membandingkan negara kita  dengan mereka yang sudah jauh kedepan. Apa yang kita boleh buat untuk mengejar mereka dan maju kehadapan bukan dengan cara yang ada sekarang tapi dengan cara yang lebih sistematik dan berpanjangan. Kita merupakan negara yang terus berkembang dan berkembang untuk 10 dan 20 malah 50 tahun akan datang. Oleh itu setiap perancangan kita yang kita ingin buat perlulah berpanjangan, hasilnya tidak boleh kita tentukan dalam 10 tahun sahaja sebab proses pembelajaran dan pendidikan dinegara kita mempunyai rotation 9 tahun. 


Hakikatnya pendidikan di negara kita ni banyak lagi kelemahannya pun. Tengok saja murid tahun 1 yang naik ke tahun 2. Masih ada yang beum menguasai kemahiran asas yang patut dikuasai pada Tahun 1 tetapi sudah naik ke Tahun 2, semakin naik semakin banyak yang tidak dikuasai lagi dan akhirnya kita menyalahkan sistem pendidikan dan paling teruk guru sebagai pendidik.

Gua sangat mengkagumi salah satu sistem pendidikan di Indon. Selagi tidak kuasai kemahiran pada tahun 1 contohnya, maka anda akan kekal ditahun 1. Dan perkara tersebut dari segi pandangan jangka pendek memang merugikan, tetapi dari segi jangka masa panjang, negara mereka akan mempunyai individu yang berkualit dan betul-betul berkemahiran. Betul tak?

Masa mula-mula pemansuhan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains & Matematik dulu memang gua sendiri pun tak setuju. Bukan sebab gua mahir dalam bahasa Inggeris ataupun sebab gua tak nak memartabatkan bahasa Melayu. Bukan. Tapi sebab dalam era yang semakin canggih ni gua rasa Inggeris memainkan peranan penting kepada mana-mana individu yang ingin keluar mencari ilmu dan membawanya ke Malaysia.

Gua ni nak kata hebat dalam bab geografi memang tak lah. Even kalau korang tanya gua arah utara, barat, timur, selatan pun gua tak tahu mana. Serius gua ni kurang ilmu. Maka dengan itu, bila gua fikir pasal nak jalan kat semenanjung gua asyik terfikir perlu ke gua beli peta Malaysia?


Maybe bagi korang benda ni lucu. Tapi hakikatnya memang ramai yang tak reti jalan yang ada di Malaysia ni. Kalau diberikan peta pun belum tentu dapat cari jalan. Gua masih ingat masa gua dengan member gua. Sampai guna peta dalam I-pad mencari dekat google semata-mata nak keluar dari bandar itu ahaha. Lucu tapi kawan gua itu sampai stress. Hampir-hampir je kitaorang bergaduh pasal gua tak reti tengok map. Yang kawan gua tu memang orang semenanjung tu yang macam gua nak ketuk guna I-pad sebab gua yang dia marah ahahaa

U see, kalau sempat nanti gua nak cari peta Malaysia. Gua harap ada jual lah peta Malaysia yang sekeping kertas tu. Takkan gua nak bawa buku kot jalan-jalan? Atleast bawa peta boleh nampak macam tourist sikit. HEhehee

So kitaorang bergerak balik Tawau melalui jalan darat kali ni. Yang bermaksud kitaorang akan lalu Tamparuli, Ranau, Lahad Datu & Kunak and then back tu IPG kat Tawau. Bergerak jam 8 pagi sampai dalam 8 malam lebih. So almost 12 jam hahaha. 3 orang kami dalam keta tu, tapi gua dengan kawan gua yang punya kereta je reti nak bawa kereta, so kitaorang berdua je yang berganti memandu. Sorang memandu 6 jam, adil dan saksama ahaha.


So nak gambar pun memang tak berpeluang sangat, satu sebab kitaorang bawa bukan slow sebab nak elakkan jalan gelap kat area Lahad Datu & Kunak, dua sebab kalau gambar pun bukannya clear sangat. Yang pasti ada jugalah gambar sikit-sikit hahaha Gambar sikit-sikit dekat area kundasang yang kitaorang berhenti jap.


Gua berada dalam keadaan mabuk. Mabuk jalan jauh sikit lah. So perasaan nak snap-snap tu tak berapa sangat. Hehehe Tapi ni part of gerai-gerai kalau korang lalu memang nampak sangat-sangat & macam-macam dijual kat situ dalam bentuk fresh & murah.


Gua beli raspberry & strawberry tu. Makan campur coki-coki. atau coklat yang macam dalam tiub tu. Tau tak? Tak tau ek?


Yang amazing pasal macam ni. Gua rasa betapa sedapnya rasa asam itu bercampur dengan manis. Nikmat bohhh! Korang yang pernah pi Cameron Highlands tu mesti tau kan apa rasa dia? HAhahaha gua dah pernah rasa juga strawberry dekat Cameron tu yang bersalut coklat...Aduiii..sedaaaappppp


Pastu gua beli bunga neh. Ada kawen kan dengan warna lain tapi lom ambik gambar lagi. 


Lepas tu masa mula-mula sampai ini yang gua tertarik sebenaranya. Kalau ikut tuan punya ini, dia cakap ini lada. Hebat tak warna lada dia?
Gua ni sejak balik IP memang kursus kemain banyak datang menyerang minta kiraorang stay sampai jam 4 5 petang. Agak penat dan menyebabkan banyak keje tertangguh. Antaranya? Blog lah...Memang tertinggal sampai lupa nak update pasal apa sebab memang ada yang perlu diupdatekan sebenarnya.

So gua hari ni baru habis kursus pergigian. Yup. Gua tak salah cakap. Sebagai bakal guru pada zaman moden ini kitaorang perlu melalui kursus pergigian supaya bila mengajar murid atau menjadi guru disekolah kitaorang boleh mendedahkan murid tentang penjagaan gigi dan guru boleh kesan masalah gigi atau mulut murid.

So apa yang kitaorang dapat dari kursus? Korang tau tak gigi budak yang masih ada gigi susu ada 20 batang gigi semuanya. Dan bila semua gigi kekal dh tumbuh, semuanya akan ada 45 batang gigi. Jadi cuba korang yang dah ada gigi kekal tu kira berapa semuanya gigi korang yang ada sekarang klau kurang maksudnya korang tu tak normal. Dah ke?

Sebenarnya gua sengaja je..Huhuuh Gigi kekal dewasa biasanya dan angka normalnya ialah 32 batang gigi. So kiralah semula yer. ehehehe

So esok pagi pula ada lagi ceramah lain. Pasal anti dadah. Hehehe Ingat jadi cikgu ni takat ajar ABC atau 123 ke? 
Kan semalam gua hadirkan diri untuk kursus penjagaan gigi. So rasanya ada baiknya gua kongsi dalam entri hari ni sebabnya gua tau ramai pembaca & follower gua ni ada anak-anak kecil kan? Huhuhu...

So macam ni. Budak atau baby yang masih takde gigi, korang tahu tak yang korang perlu berus gusi diorang? Walaupun takde gigi lagi, korang tahu tak ada berus gusi atau korang boleh gunakan kain lembut yang lembap untuk mengelap gusi kanak-kanak yang blum ada gigi :) Dengan itu, diorang akan biasa berada dalam keadaan dalam mulut yang bersih.

Jangan ingat baby atau bayi korang tak perlu bersihkan mulut. Still perlu jaga tau. Bila sudah ada gigi jangan biasakan mereka dengan makanan manis. Bukan tak boleh makan, tapi jangan biasakan mereka. Kalau ada bagi mereka makan makanan bergula sila pastikan gigi bereka dikumur dengan air atau paling baik berus lah gigi mereka. Kenapa? Sebab ada sejenis kuman dalam mulut kita yang suka pada gula kalau dapat gula kuman tu akan mengeluarkan kencing pada gigi yang menyebabkan gigi boleh jadi buruk. Bila tak berus pula lebih dari lapan jam, maka plak gigi akan terbentuk selapis demi selapis. Jadi? Kena lah paksa anak kecil berus gigi walaupun diorang suka menangis bila berus gigi.

Okey, gigi budak keil dikenali sebagai gigi susu ye dok? Amatlah penting untuk korang tak sesuka hati meminta doktor untuk mencabut gigi susu anak korang kalau gigi tersebut tak rosak atau pun tak memudaratkan anak-anak korang. Biasanya doktor gigi tahu, tapi manatau lah kan korang pi tempat doktor swasta yang kurang baik, dia nak duit je pastu ikut je kemahuan korang nak cabut gigi anak korang tu huhuhu.

Kenapa tak boleh nak cabut? Sebab nanti gigi kekal yang akan keluar tu tak tahu nak kaluar kat mana. Bila belum sampai masa gigi susu tersebut untuk keluar, dan korang memandai nak cabut, gigi kekal mungkin akan tersalah tumbuh sebab tak tahu nak keluar kat mana. Gigi susu budak sebenarnya ibarat penunjuk jalan keluar untuk gigi kekal. Antara punca kenapa sesetengah gigi kekal tak teratur sebab gigi susu dicabut terlalu awal walaupun belum tiba masa gigi susu tersebut nak jatuh.

Yang penting ialah, korang kena ingat. Gigi susu tak perlu dicabut kerana gigi susu akan tercabut dengan sendirinya bila tiba masa gigi kekal mengambil alih gigi anak-anak korang. :)

Copyright © Si Tracey | Powered by Blogger
Design by Duan Zhiyan | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com