Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Diberdayakan oleh Blogger.

Kamis, 30 April 2015

Sorry lah yer sebab hilang gua dari blog gua beberapa hari ni. Asalnya memang nak update. Tapi lepas kejadian kawan gua yang kena histeria tu gua memang macam ada problem sikit. Tak lah teruk sangat. Nak kata sakit pun tak juga sebab sihat je gua ni ulang alik dari kuliah ke hostel huhuhu

Ni mari gua cerita sikit.
Lepas malam yang gua tolong member gua tu. Gua tak berapa nak rasa ada benda halus tu. Tapi kan, beberapa kali sebelum ni bila gua ada tolong kawan gua yang kena histeria tu mesti gua yang akan diganggu semula.

Gua kat hostel ni bilik sorang satu tau. Jadi lepas tolong member gua dulu malam tu 3 hari gua dengar bunyi pelik. Macam ader orang sengaja pukul dinding atas gitu. Kalau bukan dinding atas dekat dinding tepi. Pastu paling epik pun bunyi pintu almari kena hempap. Kalau orang yang hempap takkan berkali kali kan?

Yang tu takpe. Tiga hari je bunyi pelik-pelik extra kuat. Dah lepas tu gua rasa maca dah xde. Gua ada cerita dekat member gua, member gua cakap 'benda' tu saje nak kacau sebab gua tolong kawan yang kena histeria tu kan...

Okey fine, yang penting gua takde pape. Lagipun bukan gua mengacau kan? Gua cuma tolong member yang dikacau je. Lepas tu ader lagi kejadian histeria. Gua juga yang dipanggil untuk tolong member yang histeria tu. Mak ai...berlawan macam berkungfu siap libas gua. Yang ni gua rasa dia libas sebab dia marah gua suruh kawan-kawan gua telefon ustaz kot. Sebab masa gua tengok dia 'benda' tu diam je baring. Sekali gua suruh panggil ustaz 'benda' tu nak lari. Gua pun rembat je lah baju kawan gua yang kena rasuk tu..boleh main libas-libas...nasib gua kat belakang.

Yang ni 'benda' tu tau nama gua. Boleh pula pura-pura suruh minta lepas..amboi ahaha. Lepas ustaz siap rawat member tu, gua pun macam biasalah balik bilik buat kerja gua. Masa tu seminggu gua asyik nampak kelibat berdiri depan pintu k. Nak buat kerja dekat meja mesti tengok pintu bilik yang terbuka tu sebab macam nampak orang berdiri. Kacau...Tak ley fokus movie ahaha

Pastu yang baru-baru ni gua tak tau gua ni sakit ke atau sebab 'benda' tu. So ceritanya yang sebenarnya untuk entri ni macam ni ahaha *entri paling panjang.

Lepas ustaz rawat member yang kena histeria tu. Lepas dah muntah, dah boleh mengucap, gua pun balik bilik juga. Buat kerja, tesis gua tak siap-siap lagi ahaha. Okey so malam tu, kawan member yang kena histeria tu nak tumpang tido bilik gua, yang kena histeria dia tu lak tidur dekat tempat bilik member-member dia lah 4 orang. So gua okey je.

Awal pagi jam 5.30 alarm gua berbunyi, gua set macam tu sebab kawan tu minta jaga nak solat subuh. So gua pun panggil je lah. Boleh pula dia nak minta teman gi ambik air sembahyang ahaha So gua pun terus berdiri. Gua jalan terhuyung hayang tau tak. Nasib je pintu je 3 langkah je. Gua gagahkan diri untuk buka & biar member gua jalan dulu. Masa gua jalan tu serius macam gua baru berpusing lama-lama. Gua rasa bila-bila gua jatuh pitam tau.

Sementara menunggu member gua ambik wuduk gua menyandar depan bilik mandi tu. Memang serius gua katakan, dunia gua ibarat sedang bergolak ke kiri & ke kanan. Sampai je kat bilik terus gua baring. Habis berpeluh-peluh kepala gua waktu tu. Kalau rasa panas takpa lah juga. Ni gua rasa sejuk. Sejuk tapi berpeluh macam baru habis berlari. Hebat tak? Memang basah lapis bantal. Pastu gua tido balik.

Dalam jam 6.30 pagi gua bangun lah balik...Macam okey sikit. Pening pusing tu tak teruk macam subuh tu...dah ready bersiap lepas mandi tinggal nak gerak je pi kuliah..gua rasa lagi...amboi pandai datang-datang balik...gua tak jadi pi kuliah. Gua terus terbaring kat katil dengan baju kurung gua tido....

Lepas tu apa yang berlaku??? Gua nak bagitau korang neh...Tunggu entri yang satu lagi...Ini bukan drama tapi gua penat lah...

0 komentar:

Poskan Komentar

Copyright © Si Tracey | Powered by Blogger
Design by Duan Zhiyan | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com