Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Diberdayakan oleh Blogger.

Kamis, 30 April 2015

Sejujurnya sampai sekarang gua rasa pemansuhan segala-galanya yang baik itu hanya menyebabkan mereka yang belajar itu semakin kurang menyerap ilmu kecualilah mereka yang belajar di sekolah swasta. Jangan samakan negara kita dengan Jepun kerana Jepun mampun mencipta teknologi yang tidak dapat dibikin oleh Malaysia setakat ini. Bukan gua merendah-rendahkan Malaysia, tidak sama sekali. Cuma gua rasa tidak perlu lah kita membandingkan negara kita  dengan mereka yang sudah jauh kedepan. Apa yang kita boleh buat untuk mengejar mereka dan maju kehadapan bukan dengan cara yang ada sekarang tapi dengan cara yang lebih sistematik dan berpanjangan. Kita merupakan negara yang terus berkembang dan berkembang untuk 10 dan 20 malah 50 tahun akan datang. Oleh itu setiap perancangan kita yang kita ingin buat perlulah berpanjangan, hasilnya tidak boleh kita tentukan dalam 10 tahun sahaja sebab proses pembelajaran dan pendidikan dinegara kita mempunyai rotation 9 tahun. 


Hakikatnya pendidikan di negara kita ni banyak lagi kelemahannya pun. Tengok saja murid tahun 1 yang naik ke tahun 2. Masih ada yang beum menguasai kemahiran asas yang patut dikuasai pada Tahun 1 tetapi sudah naik ke Tahun 2, semakin naik semakin banyak yang tidak dikuasai lagi dan akhirnya kita menyalahkan sistem pendidikan dan paling teruk guru sebagai pendidik.

Gua sangat mengkagumi salah satu sistem pendidikan di Indon. Selagi tidak kuasai kemahiran pada tahun 1 contohnya, maka anda akan kekal ditahun 1. Dan perkara tersebut dari segi pandangan jangka pendek memang merugikan, tetapi dari segi jangka masa panjang, negara mereka akan mempunyai individu yang berkualit dan betul-betul berkemahiran. Betul tak?

0 komentar:

Posting Komentar

Copyright © Si Tracey | Powered by Blogger
Design by Duan Zhiyan | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com