Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget

Diberdayakan oleh Blogger.

Kamis, 30 April 2015

Kan semalam gua hadirkan diri untuk kursus penjagaan gigi. So rasanya ada baiknya gua kongsi dalam entri hari ni sebabnya gua tau ramai pembaca & follower gua ni ada anak-anak kecil kan? Huhuhu...

So macam ni. Budak atau baby yang masih takde gigi, korang tahu tak yang korang perlu berus gusi diorang? Walaupun takde gigi lagi, korang tahu tak ada berus gusi atau korang boleh gunakan kain lembut yang lembap untuk mengelap gusi kanak-kanak yang blum ada gigi :) Dengan itu, diorang akan biasa berada dalam keadaan dalam mulut yang bersih.

Jangan ingat baby atau bayi korang tak perlu bersihkan mulut. Still perlu jaga tau. Bila sudah ada gigi jangan biasakan mereka dengan makanan manis. Bukan tak boleh makan, tapi jangan biasakan mereka. Kalau ada bagi mereka makan makanan bergula sila pastikan gigi bereka dikumur dengan air atau paling baik berus lah gigi mereka. Kenapa? Sebab ada sejenis kuman dalam mulut kita yang suka pada gula kalau dapat gula kuman tu akan mengeluarkan kencing pada gigi yang menyebabkan gigi boleh jadi buruk. Bila tak berus pula lebih dari lapan jam, maka plak gigi akan terbentuk selapis demi selapis. Jadi? Kena lah paksa anak kecil berus gigi walaupun diorang suka menangis bila berus gigi.

Okey, gigi budak keil dikenali sebagai gigi susu ye dok? Amatlah penting untuk korang tak sesuka hati meminta doktor untuk mencabut gigi susu anak korang kalau gigi tersebut tak rosak atau pun tak memudaratkan anak-anak korang. Biasanya doktor gigi tahu, tapi manatau lah kan korang pi tempat doktor swasta yang kurang baik, dia nak duit je pastu ikut je kemahuan korang nak cabut gigi anak korang tu huhuhu.

Kenapa tak boleh nak cabut? Sebab nanti gigi kekal yang akan keluar tu tak tahu nak kaluar kat mana. Bila belum sampai masa gigi susu tersebut untuk keluar, dan korang memandai nak cabut, gigi kekal mungkin akan tersalah tumbuh sebab tak tahu nak keluar kat mana. Gigi susu budak sebenarnya ibarat penunjuk jalan keluar untuk gigi kekal. Antara punca kenapa sesetengah gigi kekal tak teratur sebab gigi susu dicabut terlalu awal walaupun belum tiba masa gigi susu tersebut nak jatuh.

Yang penting ialah, korang kena ingat. Gigi susu tak perlu dicabut kerana gigi susu akan tercabut dengan sendirinya bila tiba masa gigi kekal mengambil alih gigi anak-anak korang. :)

Related Posts:

  • broadband Maxis guaGua rasa pelik beberapa hari ni...Apesal lah broadband Maxis gua yang laju & mantap ini tetibe je tak boleh ada line walau gua dekat bandar Tawau … Read More
  • Ni Sambung Cerita KemarinOkey macam gua cakap kemarin. Gua tidur je terus dengan baju kurung gua. Memang gua dah tak kisah nak berlaku aper pun sebab dah dunia jadi tak balanc… Read More
  • Assalamualaikum CikguHari ni sekolah gua ada fire drill. Tau tak? Latihan kebakaran. Nampaknya dalam latihan kebakaran itu banyak guru yang rentung akibat lambat turun dar… Read More
  • Kepala Pusing Lepas Histeria KawanSorry lah yer sebab hilang gua dari blog gua beberapa hari ni. Asalnya memang nak update. Tapi lepas kejadian kawan gua yang kena histeria tu gua mema… Read More
  • Bila Gua Di Sempadan IndonKorang pun tau kan yang Indon dengan Sabah ni memang dekat sangat sampai belambak sangat orang Indon dekat Sabah especially Tawau. Faham-faham je lah … Read More

1 komentar:

Copyright © 2025 Si Tracey | Powered by Blogger
Design by Duan Zhiyan | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com